Adakah pemilik kenderaan mengetahui apa yang tertera di setiap botol minyak enjin kenderaan...? Penerangan yang ringkas ini menggunakan ayat yang mudah difahami oleh pengguna kenderaan.
15W/40, 10W/40, 10W/30, 5W/30 nombor-nombor ini biasa dilihat tetapi apakah maksudnya yang selami ini difahami oleh pengguna-pengguna kereta...?
Nombor-nombor tersebut mewakili viscositi minyak (oil viscosity). Apakah itu viscositi minyak..? Viscositi minyak ialah tahap rintangan minyak itu untuk mengalir. Sebagai contoh, air memiliki viscositi yang rendah menyebabkan air mengalir dengan begitu mudah dan lancar manakala cecair pencuci baju memiliki viscositi yang tinggi dan susah untuk mengalir.
Kita ambil 15W/40 sebagai contoh. 15 ialah viscositi minyak suhu rendah (sejuk). "W" bermaksud winter. 40 pula viscositi minyak suhu tinggi (panas) . Semakin rendah nombor dihadapan bermaksud semakin tinggi tahap aliran minyak sewaktu enjin sejuk manakala semakin tinggi nombor dibelakang bermaksud semakin tinggi tahap aliran minyak sewaktu enjin panas. Dengan kata lain nombor dihadapan menunjukan kekuatan minyak menghadapi aliran sewaktu enjin sejuk dan nombor dibelakang menunjukan kekuatan minyak menghadapi aliran sewaktu enjin panas.
Nombor-nombor ini juga menerangkan tahap kecairan dan kepekatan minyak enjin. Tahap kecairan untuk mengalir diwaktu sejuk adalah pada nombor 15 dan tahap kepekatan minyak untuk mengalir diwaktu enjin panas adalah pada nombor 40. Ini kerana molekul cecair berubah mengikut suhu. Disini saya tidak menerangkan 15 dan 40 merujuk kepada tahap suhu yang bagaimana kerana agak sukar untuk pengguna kenderaan memahami carta 'absolute viscosity and kinematic viscosity' jika bukan dari bidang yang berkaitan.
Rata-rata pengguna dimalaysia menghadapi masalah pemahaman gred minyak. Oleh itu kita sering mendengar, "saya dah guna minyak 5W/40 tapi cair sangat lar, lepas ni nak guna 10W/40 jer lar" . Pada waktu enjin berada di tahap kepanasan normal (normal operating temperature) kedua-dua minyak ini adalah sama. Satu-satu nya masa 5W/40 ini menjadi nipis adalah pada waktu enjin dihidupkan sejuk (cold start-up condition) .
Perbezaan akan berlaku pada nombor yang sama adalah samada minyak itu adalah mineral base, semi synthetic base atau synthetic base. Sebagai contoh 15W/40 mineral base dan 10W/40 semi synthetic base. 40 adalah sama cuma yang membezakan nya adalah anti geseran (anti friction) .
Apa itu yang difahami dengan mineral base, semi synthetic dan synthetic...? Akan dibincangkan kelak..
SELAMAT MEMAHAMI...
.
Thursday, 21 March 2013
Wednesday, 20 March 2013
TIPS MEMULAKAN PAGI KENDERAAN ANDA
Bagi memberikan penjagaan yang paling minimum untuk kenderaan anda sangat lah mudah dan mampu dilakukan oleh kesemua pemilik kereta. Perkara yang sangat mudah ini apabila menjadi rutin harian, ia akan memberikan sesuatu kesan yang sangat positif pada kenderaan anda untuk jangka masa yang panjang...
Tentunya rata-rata pemilik kereta peringkat pertengahan dimalysia akan menjadi pemilik pada sesebuah kereta sekurang-kurangnya untuk jagka masa 5 hingga 10 tahun... Bagi pihak yang secara lansung dibidang automotif juga merasakan tidak mudah untuk menjaga sesuah kenderaan untuk jangka masa begitu lama bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan memuaskan.
Mari kita sama-sama praktikkan beberapa perkara ringkas ini sebagai amalan jangka masa panjang untuk kereta sendiri.
1. Sebelum menghidupkan enjin setiap pagi, cuma ambil sehelai tisu dan periksa minyak enjin kereta anda. Pemeriksaan sukatan minyak enjin pada pagi hari adalah paling baik kerana menunjukan sukatan yang paling tepat untuk kuantiti minyak didalam enjin kereta.
2. Lakukan pemerhatian ringkas (visual inspection). Kenal pasti apa-apa yang dirasakan bukan berada dalam keadaan biasa contohnya terdapat minyak di sesuatu tempat yang sebelum ini tidak pernah ada, itu menunjukan ada kebocoran baru berlaku.
3. Hidupkan enjin dan berikan sedikit masa sekitar 5 hingga 7 minit untuk pemanasan kepada enjin (engine warm-up) . Elakkan dari menghidupkan enjin dan terus memulakan perjalanan. Ini kerana hampir keseluruhan minyak enjin akan turun ke takungan minyak sepanjang malam. Berikan sedikit masa pada enjin untuk memberi pusingan minyak( oil circulation) yang sempurna sebelum kereta dipandu. Elakkan juga dari membuka pendingin hawa (air cond) sewaktu proses pemanasan. Ini menambahkan beban enjin (engine load) .
Hanya 3 perkara ini sahaja bila dipraktikkan, anda serba sedikit mengambil berat kenderaan anda dan dapat memberikan kesan yang baik pada enjin kenderaan anda untuk jangka masa panjang.. SELAMAT MEMANDU..

10 PERKARA SERING DIABAIKAN SEHINGGA MENJADI KESUSAHAN
1. Tahap angin tayar kenderaan.
- mampu menyebabkan tayar rosak dan tahap kawalan kenderaan kurang memuaskan.
2. Lampu brake.
- boleh menyebabkan berlakunya kemalangan kerana tiada isyarat apabila membrek kereta.
3. Wiper cermin.
- menyebabkan tahap pandangan terhad dikala hujan lebat.
4. Tahap angin tayar ganti.
- mempunyai tayar ganti tanpa angin sama seperti tidak mempunyai tayar ganti.
5. Minyak brek.
- menyebabkan keseluruhan sistem brek rosak sekiranya minyak brek terlalu kotor.
6. Minyak power steering.
- menyebabkan keseluruhan sistem rosak jika minyak terlalu kotor.
7. Air radiator.
- keseluruhan enjin menjadi karat dan merosakkan sistem dalaman enjin.
8. Penapis udara.
- kereta hilang kuasa apabila sistem saluran angin masuk kedalam enjin terlalu kotor.
9. Spark plug.
- penggunaan minyak petrol yang amat tinggi kerana sistem pembakaran tidak sempurna.
10. Minyak transmisi manual.
- hanya transmisi automatik sahaja sering dititik berat soal minyak. Transmisi manual juga akan mengalami kerosakan teruk sekiranya minyak terlalu lama digunakan.

TIPS PENGGUNA BIJAK
Pastinya rata-rata rakyat dimalaysia menjadi pemilik kepada sekurang-kurangnya sebuah kenderaan khususnya kereta, tapi adakah kita pengguna yang bijak. Disini kita berkongsi bagaimana mahu menjadi pengguna yang bijak terhadap kereta kita.
Kita sering mendengar atau mengalami keadaan dimana kita seakan-akan ditipu oleh pihak bengkel apabila kereta kita mendapatkan khidmat baik pulih kenderaan. Sebagai pengguna kita tidak perlu belajar begitu banyak mengenai kenderaan tetapi kita perlu belajar bagaimana berurusan dengan pihak bengkel apabila hendak mendapatkan perkhidmatan.
Kerosakan kenderaan terlalu subjektif dan rumit menyebabkan kita susah untuk memahami apa yang diperjelaskan oleh pihak bengkel. Disini beberapa tips ingin dikongsi bersama berkenaan cara berurusan dengan pihak bengkel apabila berlaku kerosakan terhadap kereta.
1. Minta pihak bengkel membuat pemeriksaan terhadap kerosakan yang hendak diselesaikan.
2. Minta penjelasan terhadap barang yang telah dikenal pasti rosak dan lihat secara kasar dimana kedudukan barang yang rosak itu.
3. Tanya adakah barang2 lain yang terlibat secara tidak langsung terhadap kerosakan tersebut. Ini untuk mengelakkan kita rasa tertipu sekiranya ada pertambahan barangan yang perlu ditukar selain dari barangan utama untuk kerosakan tersebut.
4. Minta sebut harga sebelum membuat apa-apa khidmat baik pulih. Pastikan juga harga tersebut adalah untuk barangan buatan mana dan tahap kualiti barang tersebut.
5. Sekiranya mendapat persetujuan, boleh teruskan kepada proses baik pulih.
6. Sesudah selesai, minta untuk lihat barangan yang telah ditukar. Adakah sama seperti persetujuan asal yang telah dibuat.
7. Pastikan masalah yang berlaku telah selesai sebelum membuat pembayaran.
SELAMAT MENJADI PENGGUNA BIJAK.
Subscribe to:
Posts (Atom)