Wednesday, 20 March 2013

TIPS PENGGUNA BIJAK

                 Pastinya rata-rata rakyat dimalaysia menjadi pemilik kepada sekurang-kurangnya sebuah kenderaan khususnya kereta, tapi adakah kita pengguna yang bijak. Disini kita berkongsi bagaimana mahu menjadi pengguna yang bijak terhadap kereta kita. 
                  Kita sering mendengar atau mengalami keadaan dimana kita seakan-akan ditipu oleh pihak bengkel apabila kereta kita mendapatkan khidmat baik pulih kenderaan. Sebagai pengguna kita tidak perlu belajar begitu banyak mengenai kenderaan tetapi kita perlu belajar bagaimana berurusan dengan pihak bengkel apabila hendak mendapatkan perkhidmatan.
                   Kerosakan kenderaan terlalu subjektif dan rumit menyebabkan kita susah untuk memahami apa yang diperjelaskan oleh pihak bengkel. Disini beberapa tips ingin dikongsi bersama berkenaan cara berurusan dengan pihak bengkel apabila berlaku kerosakan terhadap kereta.

1. Minta pihak bengkel membuat pemeriksaan terhadap kerosakan yang hendak diselesaikan.
2. Minta penjelasan terhadap barang yang telah dikenal pasti rosak dan lihat secara kasar dimana kedudukan barang yang rosak itu. 
3. Tanya adakah barang2 lain yang terlibat secara tidak langsung terhadap kerosakan tersebut. Ini untuk mengelakkan kita rasa tertipu sekiranya ada pertambahan barangan yang perlu ditukar selain dari barangan utama untuk kerosakan tersebut.
4. Minta sebut harga sebelum membuat apa-apa khidmat baik pulih. Pastikan juga harga tersebut adalah untuk barangan buatan mana dan tahap kualiti barang tersebut.
5. Sekiranya mendapat persetujuan, boleh teruskan kepada proses baik pulih. 
6. Sesudah selesai, minta untuk lihat barangan yang telah ditukar. Adakah sama seperti persetujuan asal yang telah dibuat.
7. Pastikan masalah yang berlaku telah selesai sebelum membuat pembayaran.

SELAMAT MENJADI PENGGUNA BIJAK. 

No comments:

Post a Comment