Thursday 21 March 2013

APA ITU MINYAK ENJIN.

      Adakah pemilik kenderaan mengetahui apa yang tertera di setiap botol minyak enjin kenderaan...? Penerangan yang ringkas ini menggunakan ayat yang mudah difahami oleh pengguna kenderaan.

     15W/40, 10W/40, 10W/30, 5W/30 nombor-nombor ini biasa dilihat tetapi apakah maksudnya yang selami ini difahami oleh pengguna-pengguna kereta...?

     Nombor-nombor tersebut mewakili viscositi minyak (oil viscosity). Apakah itu viscositi minyak..? Viscositi minyak ialah tahap rintangan minyak itu untuk mengalir. Sebagai contoh, air memiliki viscositi yang rendah menyebabkan air mengalir dengan begitu mudah dan lancar manakala cecair pencuci baju memiliki viscositi yang tinggi dan susah untuk mengalir.    
 
      Kita ambil 15W/40 sebagai contoh. 15 ialah viscositi minyak suhu rendah (sejuk). "W" bermaksud winter. 40 pula viscositi minyak suhu tinggi (panas) . Semakin rendah nombor dihadapan bermaksud semakin tinggi tahap aliran minyak sewaktu enjin sejuk manakala semakin tinggi nombor dibelakang bermaksud semakin tinggi tahap aliran minyak sewaktu enjin panas. Dengan kata lain nombor dihadapan menunjukan kekuatan minyak menghadapi aliran sewaktu enjin sejuk dan nombor dibelakang menunjukan kekuatan minyak menghadapi aliran sewaktu enjin panas.

     Nombor-nombor ini juga menerangkan tahap kecairan dan kepekatan minyak enjin. Tahap kecairan untuk mengalir diwaktu sejuk adalah pada nombor 15 dan tahap kepekatan minyak untuk mengalir diwaktu enjin panas adalah pada nombor 40. Ini kerana molekul cecair berubah mengikut suhu. Disini saya tidak menerangkan 15 dan 40 merujuk kepada tahap suhu yang bagaimana kerana agak sukar untuk pengguna kenderaan memahami carta 'absolute viscosity and kinematic viscosity' jika bukan dari bidang yang berkaitan.

     Rata-rata pengguna dimalaysia menghadapi masalah pemahaman gred minyak. Oleh itu kita sering mendengar, "saya dah guna minyak 5W/40 tapi cair sangat lar, lepas ni nak guna 10W/40 jer lar" . Pada waktu enjin berada di tahap kepanasan normal (normal operating temperature) kedua-dua minyak ini adalah sama. Satu-satu nya masa 5W/40 ini menjadi nipis adalah pada waktu enjin dihidupkan sejuk (cold start-up condition) .

      Perbezaan akan berlaku pada nombor yang sama adalah samada minyak itu adalah mineral base, semi synthetic base atau synthetic base. Sebagai contoh 15W/40 mineral base dan 10W/40 semi synthetic base. 40 adalah sama cuma yang membezakan nya adalah anti geseran (anti friction) .

     Apa itu yang difahami dengan mineral base, semi synthetic dan synthetic...? Akan dibincangkan kelak..

     SELAMAT MEMAHAMI...
.
   

   
                                               

9 comments:

  1. pening...hahah mane better sbenarnya?

    ReplyDelete
  2. Bergantung kepada kenderaan anda...

    ReplyDelete
  3. Sesuai ke kalau saya guna minyak 10w/30 untuk kereta persona

    ReplyDelete
  4. Perlukan minyak yang betul melindungi enjin kereta kita dan memberi prestasi tinggi dan perjimatan

    ReplyDelete
  5. Saya pakai 10w-30 untuk kereta saga flx 1.3? Ok ke?

    ReplyDelete
  6. kalau kerata kancil lebih dari 20thn guna minyak 15w40..oke tak??

    ReplyDelete