Wednesday 20 March 2013

TIPS MEMULAKAN PAGI KENDERAAN ANDA

            Bagi memberikan penjagaan yang paling minimum untuk kenderaan anda sangat lah mudah dan mampu dilakukan oleh kesemua pemilik kereta. Perkara yang sangat mudah ini apabila menjadi rutin harian, ia akan memberikan sesuatu kesan yang sangat positif pada kenderaan anda untuk jangka masa yang panjang...
            Tentunya rata-rata pemilik kereta peringkat pertengahan dimalysia akan menjadi pemilik pada sesebuah kereta sekurang-kurangnya untuk jagka masa 5 hingga 10 tahun... Bagi pihak yang secara lansung dibidang automotif juga merasakan tidak mudah untuk menjaga sesuah kenderaan untuk jangka masa begitu lama bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan memuaskan.
            Mari kita sama-sama praktikkan beberapa perkara ringkas ini sebagai amalan jangka masa panjang untuk kereta sendiri.

1. Sebelum menghidupkan enjin setiap pagi, cuma ambil sehelai tisu dan periksa minyak enjin kereta anda. Pemeriksaan sukatan minyak enjin pada pagi hari adalah paling baik kerana menunjukan sukatan yang paling tepat untuk kuantiti minyak didalam enjin kereta.

2. Lakukan pemerhatian ringkas (visual inspection). Kenal pasti apa-apa yang dirasakan bukan berada dalam keadaan biasa contohnya terdapat minyak di sesuatu tempat yang sebelum ini tidak pernah ada, itu menunjukan ada kebocoran baru berlaku.

3. Hidupkan enjin dan berikan sedikit masa sekitar 5 hingga 7 minit untuk pemanasan kepada enjin (engine warm-up) . Elakkan dari menghidupkan enjin dan terus memulakan perjalanan. Ini kerana hampir keseluruhan minyak enjin akan turun ke takungan minyak sepanjang malam. Berikan sedikit masa pada enjin untuk memberi pusingan minyak( oil circulation) yang sempurna sebelum kereta dipandu. Elakkan juga dari membuka pendingin hawa (air cond) sewaktu proses pemanasan. Ini menambahkan beban enjin (engine load) .

              Hanya 3 perkara ini sahaja bila dipraktikkan, anda serba sedikit mengambil berat kenderaan anda dan dapat memberikan kesan yang baik pada enjin kenderaan anda untuk jangka masa panjang.. SELAMAT MEMANDU..

1 comment:

  1. Wira 1.3

    Minyak mana yang sesuai. Saya selaku guna LIQUI MOLY 15W-40

    ReplyDelete